rumah harapan rakyat

Permohon Rumah Harapan Rakyat (RHR) 2023 telah dibuka: Bayaran bulanan hanya RM238

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Program Rumah Harapan Rakyat (RHR) yang telah dibuka permohonannya bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program RHR yang diperkenalkan ini: –

Rumah Harapan Rakyat (RHR)

RHR pada asasnya merupakan sebuah program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan B40 yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa.

Untuk tahun 2023, harga seunit rumah RHR adalah pada kadar RM85,000, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon ditetapkan sebanyak RM75,000 sahaja.

Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun):

  • Harga Seunit: RM85,000
  • Pinjaman Pembiayaan: RM75,000
  • Bayaran Deposit 5%: RM3,750
  • Bayaran Balik: RM238 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan);
  • Keutamaan diberikan kepada yang berkahwin;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  • Memiliki tanah (Hak Milik Penuh/Perkongsian), tanah tersebut hendak bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya;
  • Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi;
  • Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan.Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan berat;
  • Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan RHR dengan lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang diminta.

Ia kemudiannya perlu dihantar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) di alamat:

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
( BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK )
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Untuk maklumat lengkap berkenaan kaedah pelaksanaan program ini dan mendapatkan Borang Permohonan RHR, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi PKNNS – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…