BTR

BTR RM100 & RM300 telah mula dikreditkan: Ini senarai penerima yang layak & cara buat semakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang juga merupakan kesinambungan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

BTR adalah bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan daripada Bajet Mini 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pembentangan bajet berkenaan, pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk mempercepatkan bayaran Fasa 1 BTR pada bulan Januari 2023.

Jumlah yang ditetapkan pula adalah sebanyak RM300 kepada isi rumah layak dan RM100 untuk kategori bujang.

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Pembayaran BTR

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Januari 2023 – pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR Fasa 1 akan disalurkan kepada 8.7 juta golongan B40 bermula pada 17 Januari 2023 secara berperingkatkan.

Semakan status pembayaran juga akan dibuka mulai tarikh sama dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk melalui ruangan Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Dalam masa sama, pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) – juga telah disalurkan kepada yang layak bermula pada 12 Januari lepas.

Bantuan ini telah dinaikkan nilainya kepada RM150 secara ‘one-off’, dan diberikan kepada semua murid – tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…