Bantuan Kewangan

STR Fasa 1 telah selesai: Ini pula tarikh pembayaran Bantuan Kewangan RM1,000 pada tahun ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang telah dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2023. Pembayaran Fasa 1 bantuan ini telah mula disalurkan bermula pada 17 Januari 2023.

Namun begitu, bukan hanya STR yang dibayar pada bulan ini, kerana terdapat sebuah lagi bantuan Kerajaan yang dilaksanakan.

Bantuan Kewangan RM1,000

Ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2023, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau kadar minimum RM1,000 kepada setiap penerima yang layak.

Bantuan itu nanti akan disalurkan kepada seramai 20,271 orang penjawat awam negeri berkenaan, sebagai usaha meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan bagi persiapan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam. Kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai,” katanya di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada November tahun lalu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan Hajiji, pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas sebanyak RM500 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang akan  dibayar pada bulan April 2023.

Diharapnkan dengan pemberian insentif itu, para penjawat awam akan berusaha dengan lebih cekap dan gigih dalam memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Golongan B40 merujuk kepada 40% rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Mereka merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang…
Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…