Bantuan RM200

Permohonan Bantuan RM200 dibuka sepanjang tahun: Berikut cara memohon & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Program i-Sejahtera kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan di bawah program ini: –

Bantuan RM200 ‘one-off’

I-Sejahtera pada asasnya merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat negeri berkenaan.

Di bawah Program i-Sejahtera, pelbagai jenis sumbangan kewangan telah diperkenalkan dan salah satunya adalah Program Anak Emas sebanyak RM200 secara ‘one-off’.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia;
  • Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh didaftarkan;
  • Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Program Anak Emas ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di portal rasmi i-Sejahtera.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak;
  • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa;
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif;
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

 

Dimaklumkan bahawa pembayaran sumbangan kepada yang diluluskan permohonan mereka akan dilaksanakan secara berperingkat.

Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran permohonan hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Jika pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun tahun semasa, pembayaran sumbangan akan dibuat pada tahun berikutnya.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini dan permohonannya, sila rujuk di Portal Rasmi i-Sejahtera DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…