BANTUAN RM1000

Bantuan RM1,000 ‘one-off’ untuk isi rumah pendapatan RM5,000 ke bawah: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah HPIPT sebanyak RM1,000 kepada mereka yang memerlukan dan layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM1,000 ‘one-off’

HPIPT adalah singkatan bagi Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi menerima hadiah pengajian ini:

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    2. Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    3. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    4. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
  6. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah;
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai gagal.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan HPIPT boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan HPIPT.

Pemohon hendajklah melngkapkan permohonan di atas talian dan menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS kepada Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Permohonan HPIPT 2023 dibuka selama sebulan mulai 1 hingga 31 Mac 2023.

Maklumat lengkap berkenaannya juga boleh dirujuk di Portal Rasmi HPIPT – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…