Bantuan RM700

Senarai penerima Bantuan Kewangan RM700 dibayar bulan depan: Tarikh & cara pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah Bantuan Khas Kewangan dan ini adalah penerangan lanjut mengenainya:-

Senarai Penerima Bantuan Khas RM700

Selain memperkenalkan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pelbagai lagi bantuan lain telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.

Ia termasuklah Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan RM350 bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang nanti.

Bantuan sebanyak RM700 itu akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, para pesara Kerajaan pula akan menerima bantuan sama tapi dengan kadar sebanyak RM350 setiap yang layak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan April 2023.

Kaedah pembayaran pula adalah dengan cara dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak.

Diharapkan pemberian bantuan khas itu nanti dapat meringankan beban kos sara hidup yang terus meningkat dan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyambut hari mulia Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…