bantuan rm200

Bantuan RM200 & RM100 dikreditkan bulan depan: Berikut senarai penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM200 & RM100

Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya STR.

Bantua kewangan ini diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 mengikut syarat-syarat kelayakan dan jumlah masing-masing.

Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari lalu dengan kadar sebanyak RM300 untuk penerima kategori isi rumah dan RM100 kepada penerima bujang.

Manakala bagi pembayaran STR Fasa 2 pula, ia akan dibuat dengan kadar berikut:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun

  • RM100

Bujang 21 – 59 tahun

  • RM100

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • RM100

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan lembaran jadual STR yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui portal rasminya, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada bulan April 2023.

Pembayaran itu adalah seperti sebelumnya iaitu sama ada secara kredit terus ke akaun bank penerima atau secara tuntutan tunai di kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Untuk maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023 pula boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…