bantuan rm200

Bantuan RM200 mula dibayar bulan ini: Berikut senarai penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan dengan tujuan tertentu dan akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Antaranya adalah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai BMT. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan BMT

Bantuan Musim Tengkujuh atau singkatannya BMT adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM800 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia.

Bantuan ini akan diberikan sebanyak 3 Fasa bagi tahun ini iaitu pada bulan dan jumlah berikut:

  • Fasa 1: RM300 (Januari 2023)
  • Fasa 2: RM300 (Februari 2023)
  • Fasa 3: RM200 (Mac 2023)

Penerima BMT

Bagi pelaksanaan bantuan ini, ia akan dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah memperuntukan dana sebanyak RM9.7 juta yang akan memberi manfaat kepada 12,138 penerima.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Para penerima bantuan ini adalah peneroka tanaman getah FELDA yang menepati syarat-syarat yanf ditetapkan:

  • Peneroka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Peneroka yang berdepan dengan masalah tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Peneroka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

 

Bagi mengetahui dengan lebih jelas dan berkenaan dengan kelayakan menerima bantuan ini, peneroka juga boleh terus berhubung dengan Pengurusan Rancangan masing –masing.

Maklumat lengkap berkenaannya juga boleh dirujuk di Media Sosial Rasmi FELDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…