insentif khas aidilfitri

Insentif Khas Aidilfitri RM200 – RM1,000: Senarai kategori penerima & tarikh rasmi pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023 ini.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Insentif Khas Aidilfitri

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju memperkenalkan Insentif Khas Aidilfitri dengan melibatkan empat kategori utama.

Bagi kategori pertama, ia melibatkan kadar bantuan sebanyak sebulan gaji atau minima RM1,000 kepada para penjawat awam di bawah pentadbiran SUK Selangor; penjawat awam persekutuan di bawan pentadbiran SUK Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri dan guru KAFA.

Kategori pula melibatkan sebulan elaun kepada penerima berikut:

  • Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);
  • Setiausaha MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung;
  • Ketua Komuniti;
  • Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor;
  • Penggerak Belia Selangor.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pembayaran RM500 turut diberikan kepada ketegori ketiga iaitu para penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak, Rawatib dan bilal) dan Guru Rakyat (SRA/SRAI/KAFA/PRA).

Manakala, kategori terakhir akan menerima RM200 untuk penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat di Selangor dengan gaji pokok RM3,000 ke bawah.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pembayaran insentif ini akan dibuat selewat-lewatnya pada 21 April 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan insentif khas ini, sila rujuk Media Selangor – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…