bantuan tunai

Bantuan Tunai RM2,700 dikreditkan secara ‘one-off’: Cara semak status kelayakan & buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sebuah bantuan tunai yang dikenali sebahai Geran Pelancaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Tunai RM2,700

Geran Pelancarangan sebuah bantuan tunai sebanyak RM2,700 yang diberikan secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan ini diperkenalkan bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Ia juga berobjektif untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Disebabkan bantuan ini diberikan khas kepada kumpulan sasar JKM, maka ia hanya layak diterima oleh penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin membuat permohonan Geran Pelancaran – mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

Sekiranya layak dan diluluskan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan selepas itu, serta akan melalui penilaian lanjut oleh pihak JKM.

Permohonan bantuan-bantuan JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…