sumbangan kerajaan

Pendapatan bawah RM7,500 sebulan: Ini cara memohon Sumbangan Kerajaan RM200 ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM200 ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan RM200

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak sejak tahun 2010 lagi.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Perak akan memberikan sumbangan RM200 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri berkenaan sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasioanla (SSPN-i) di bawah PTPTN.

Ia sekagus bertujuan untuk memberikan kesedaran dan menggalakkan rakyat negeri berkenaan untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak;
  • Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam;
  • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
  • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Ibu atau bapa kelahiran luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
  • Pendapatan (isi rumah) di bawah RM 7,500 sebulan (mulai 1 Januari 2023).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Yayasan Perak atau Cawangan PTPTN berdekatan atau muat turun di laman sesawang Yayasan Perak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Borang permohonan yang lengkap dan salinan dokumen-dokumen berkaitan (disahkan) boleh dihantar tangan atau melalui pos ke pejabat Yayasan Perak.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi Yayasan Perak – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…