bantuan rm200

Bantuan kewangan RM200 ‘one-off’ telah mula dikreditkan: Cara memohon bagi yang belum dapat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-

Bantuan Kewangan RM200

Bantuan kewangan yang diperkenalkan sebanyak RM200 ini dalam bentuk e-Tunai yang dikenali sebagai eBeliaRahmah.

Bantuan e-Tunai yang melibatkan peruntukan sebanyak RM400 juta ini bertujuan untuk terus usaha mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya belia.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Cara Memohon

Untuk yang masih belum memohon dan menebus bantuan ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tempoh memohon dan menebus e-Tunai ini telah pun dibuka mulai jam 8 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Manakala, kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Dimaklumkan, penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan pelaksanaan inisiatif ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…