bantuan asasi

Permohonan Bantuan Asasi RM3,920 bagi tahun 2023: Penerima yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya adalah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi sebanyak RM3,920 setahun.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Asasi RM3,920

Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah sumbangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bantuan ini pada asasnya melibatkan kadar kewangan sebanyak RM3,920 setahun dengan pecahan berikut:

  • Elaun Wang Saku RM2,500/setahun
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan RM1,420/setahun
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Untuk maklumat lengkap berkeaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi KPM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…