anak emas

Bantuan Anak Emas RM200 diberikan kepada yang berkelayakan: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Program Anak Emas di bawah inisiatif i-Sejahtera. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program sumbangan kewangan ini: –

Program Anak Emas

Program Anak Emas adalah sebuah sumbangan kewangan yang diperkenalkan di bawah insiatif i-Sejahtera.

Program ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM200 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia;
  • Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun;
  • Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran program ini boleh dibuat oleh penjaga (ibu atau bapa) secara atas talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan pendaftaran:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak;
  • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa;
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif;
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

 

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. P

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Untuk maklumat lengkap tentang i-Sejahtera , ia boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…