bantuan tunai

Bantuan tunai RM300 telah dikreditkan minggu lepas: Senarai penerima & cara pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM300 yang diperkenalkan di bawah Bantuan Khas Penghargaan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Tunai RM300

Ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200.

Berikut adalah para penerima bantuan ini:

  • RM300: Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • RM200: Para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

 

Dalam masa sama, pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan khas ini.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan dibuat pada 10 Ogos 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan kedua-dua bantuan ini, sila rujuk di kenyataan rasmi JPA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…