bantuan kewangan

Bantuan Kewangan RM300 dibayar bulan September ini: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Penghargaan (BKP). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Kewangan RM300

Pada bulan lalu, pihak Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Bantuan Khas Penghargaan kepada penerima yang layak dengan kadar sebanyak RM300 dan RM200.

Nampaknya, pihak Kerajaan Negeri Pahang turut memperkenalkan perkara sama dengan meluluskan Bantuan Khas Penghargaan (BKP).

Berikut adalah penerima bantuan khas ini:

  • RM300: Diberikan kepada semua Penjawat Awam Negeri Pahang Gred 54 dan ke bawah. Ia juga akan akan diberikan kepada pegawai serta kakitangan kontrak.
  • RM200: Diberikan kepada para pesara Kerajaan Negeri Pahang.

Tarikh Pembayaran

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sekitar 8,000 penjawat awam negeri berkenaan layak menerima Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 itu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Pemberian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada Kerajaan Negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam Negeri Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.

Sumber: Pahang Media.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…