Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Tunai Rahmah (STR)
STR pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang. STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak.
Makanya, bagi tahun 2023 – hanya berbaki STR Fasa 4 yang belum disalurkan kepada mereka yang layak.
Kadar dan penerima STR Fasa 4
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan jadual awal STR, pembayaran bagi Fasa 4 akan dibayar pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi atau sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Kaedah pembayaran pula secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.