Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewanga (BKK). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Kewangan RM1,000
Berdasarkan Belanjawan 2024 Negeri Pulau Pinang, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.
Bantuan khas itu akan diberikan kepada seramai 3,867 kakitangan awam negeri berkenaan dengan peruntukan hampir RM6.046 juta.
“Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar kerajaan negeri dilaksanakan secara berkesan,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk memberikan sumbangan RM300 kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan Disember 2023 secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Dalam masa sama, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang beriltizam dalam meneruskan aspirasi dan gagasan Visi Penang 2030 ke arah merealisasikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lengkap tentang Belanjawan 2024 Pulau Pinang boleh dirujuk DI SINI.