senarai bantuan

Senarai Bantuan RM100 – RM1,000 setiap bulan untuk B40 bagi tahun 2024: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan dan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berikut adalah senarai bantuan kewangan berkenaan: –

Bantuan-bantuan bulanan JKM

1. Bantuan Am Persekutuan

Bantuan ini diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadarnya adalah sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

2. Bantuan Kanak-Kanak

Ia adalah sebuah bantuan di bawah JKM bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga dan bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadarnya pula adalah sebanyak minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga.

3. Bantuan Anak Pelihara

Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Kadarnya minimum RM250 sebulan seorang sehingga maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.

4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Bantuan ini melibatkan kadar bulanan sebanyak RM300 dan ia diberikan kepada  Orang Kurang Upaya (OKU) dengan bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga .

5. Bantuan Warga Emas

Kepada warga emas yang memerlukan dan menepati syarat-syarat kelayakan, mereka boleh memohon bantuan ini iaitu sebanyak RM500 setiap bulan. Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah bagi membantu golongan warga emas (yang memenuhi syarat-syarat kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Cara Memohon

Permohonan setiap bantuan-bantuan ini hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara (kecuali Bantuan Am Persekutuan yang hanya boleh dibuat di cawangan Wilayah Persekutuan sahaja).

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat JKM.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan syarat-syarat kelayakan setiap bantuan-bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…