bap

Bantuan Tunai BAP telah mula dibayar, tanpa perlu memohon: Ini senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2024 yang telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP). Berikut maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Tunai BAP

BAP pada asasnya merupakan bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semua murid dengan tujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Bantuan ini akan melibatkan kadar kewangan sebanyak RM150 secara ‘one-off’ kepada setiap murid sekolah dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5.

Untuk maklumanbantuan ini akan diberikan kepada setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Oleh itu, setiap anak yang bersekolah layak menerima RM150 seorang.

Jika sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak bersekolah, makanya mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BAP mula dilaksanakan pada bulan Januari 2024. Manakala, bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024.

Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” petikan dari Kenyataan Rasmi KPM.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan Bajet 2024, boleh rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…