bayaran insentif

Bayaran Insentif Awal RM2,000 ‘one-off’ telah dimasukkan ke akaun: Senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bayaran Insentif Awal RM2,000 & RM1,000

Bantuan kewangan atau dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ini diumumkan oleh pihak Kerajaan dengan di bawah Belanjawan 2024.

Bantuan kewangan ini diberikan dengan kadar antara RM2,000 dan RM1,000 kepada mereka yang layak iaitu:

  • RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM1,000:  Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran ini juga diberikan kepada mereka yang berkhidmat di bawah skim mySTEP dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 23 Februari 2024.

Para pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan/ ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya juga layak menerima bantuan kewangan ini.

Pembayaran Bantuan Kewangan

Bantuan ini disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Pembayarannya akan dibuat pada 23 Februari 2024 secara ‘one-off’.

Tarikh itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan dan sebagai persiapan menjelang Ramadan serta Syawal nanti.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih teliti berkenaan bayaran insentif ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…