subsidi diesel

Permohonan Subsidi Diesel 2024 telah dibuka: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Dalam masa sama, Kerajaan juga memperkenalkan program Subsidi Diesel kepada mereka yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program subsidi berkenaan: –

Program Subsidi Diesel

Pada asasnya, Program Subsidi Diesel ini diberikan kepada pengangkutan darat yang dilesenkan oleh SPAD atau LPKP melalui pembelian di stesen minyak atau pun mendapat bekalan terus dari syarikat-syarikat minyak untuk disimpan dalam skid tank yang diluluskan oleh KPDN bagi kegunaan sendiri.

Akan tetapi, jentera dan kenderaan-kenderaan khusus yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti Lapangan Terbang, Perlabuhan, tapak/premis pembinaan, kawasan kilang, dan kawasan pembalakan tidak layak mendapat bekalan diesel bersubsidi ini.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN;
  2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja;
  3. ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN;
  4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    1. Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja;
    2. Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN;
    3. Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya;
    4. Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN;
    5. Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard;
    6. KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

Kenderaan yang layak mendapat subsidi

  • 10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Awam layak mendapat subsidi:
    • Bas Sekolah;
    • Teksi
    • Bas Ekspres
    • Van Mayat
    • Bas Berhenti-henti
    • Lori Mayat
    • Bas Mini
    • Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
    • Bas Pengantara 11 Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
    • Kereta Sewa
  • 9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:
    • Lori Rigid – Kargo Am
    • Lori Tangki Rigid – Air
    • Lori Rigid – Minuman Botol
    • Lori Tangki Rigid – Tepung
    • Lori Rigid – Refrigerated
    • Window Van
    • Lori Rigid – Luton/Kotak
    • Panel Van
    • Penggerak Utama / Articulated Vehicle
  • 14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:
    • Lori Rigid – Curtainsider
    • Lori Food Catering
    • Lori Rigid – Hasil Pertanian
    • Lori Tangki Rigid – Minuman
    • Lori Rigid – Kandang Haiwan
    • Semi – Panel Van
    • Lori Rigid – Kombinasi
    • Bas Perkhidmatan Bergerak
    • Lori Rigid – Open Platform
    • Van Perkhidmatan Bergerak
    • Bas Food Catering
    • Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
    • Van Food Catering
    • Lori Rigid – Sampah

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, permohonan Program Subsidi Diesel ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MySubsidi KPDN.

Pemohon bagaimanapun dikehendaki untuk membaca Pengenalan, Cara Memohon dan Syarat Kelayakan yang dipaparkan di portal tersebut sebelum mengisi Borang Permohonan. Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan diproses.

Dimaklumkan bahawa kKelulusan adalah serta merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat. Setelah Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dikeluarkan, syarikat/perniagaan perlu memohon fleet card daripada syarikat minyak yang telah dipilih dalam Sistem MySubsidi Diesel.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tempoh memproses permohonan fleet card adalah 2 hingga 4 minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan kepada syarikat minyak.

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi MySubsidi KPDN – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…