jabatan kerja raya

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Oktober 2024: Tawaran gaji RM1,900 – RM2,000

Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kerja Raya. Pada ketika ini, JKR sedang mencari calon yang berkuali untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR)

  1. JURUUKUR BAHAN
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,000/sebulan
  2. PELUKIS PELAN
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,900/sebulan

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan kosong;
  • Mahir menggunakan perisian AutoCad, Microsoft Office, Excel, Power Point dan lain-lain kemahiran berkaitan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohon hendaklah mengemukakan resume (beserta gambar terkini), mengisi borang permohonan secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat e-mel: [email protected] atau [email protected]

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan dibuka sehingga 11 Oktober 2024, Jumaat

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1872 dan ia berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia.

Sehingga 31 Disember 1931 di Tanah Melayu terdapat dua Jabatan Kerja Raya yang berasingan. Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat adalah bertanggungjawab bagi Negeri-Negeri Selat manakala Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi Negeri-Negeri Bersekutu dan seorang Jurutera dipinjamkan bagi menjalankan tugas-tugas untuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Menjelang 1 Januari 1932, kedua-dua jabatan telah disatukan menjadi satu Perkhidmatan Kerja Raya Malaya yang berpusat di Singapura dengan nama ‘Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Selat’ dan ‘Penasihat Kerja Raya Negeri Melayu’.

Pada masa sama, cawangan hidrolik bagi Negeri-Negeri Bersekutu Jabatan Kerja Raya telah dijadikan satu jabatan yang berasingan digelar Perkhidmatan Parit dan Taliair diketuai oleh ‘Pengarah Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Selat dan Penasihat bagi Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Melayu’.

JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti.

Visi utama JKR adalah menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

JKR juga menyumbang kepada pembangunan negara melalui:

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik;
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten;
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif;
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada;
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru;
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan;
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti;
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan.

 

JKR turut diwujudkan untuk berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan; menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara dan menyediakan infrastruktur negara.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Cara memohon Bantuan BUDI RM2,000 'one-off' untuk golongan B40 dan M40

Cara memohon Bantuan BUDI RM2,000 'one-off' untuk golongan B40 dan M40

Usaha membantu mereka yang memerlukan terus dilaksanakan oleh pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri). Bantuan ini diperkenalkan dengan tujuan khusus dan…
Bantuan RM200 selama 4 bulan (RM800): Syarat-syarat dan Cara memohon BMT 2024

Bantuan RM200 selama 4 bulan (RM800): Syarat-syarat dan Cara memohon BMT 2024

Pihak Kerajaan sentiasa berperanan penting dalam membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dan sosial. Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan oleh…
Telekom Malaysia Berhad (TM) buka pelbagai jawatan kosong: Senarai jawatan & cara memohon

Telekom Malaysia Berhad (TM) buka pelbagai jawatan kosong: Senarai jawatan & cara memohon

Telekom Malaysia Berhad (TM) sebuah syarikat terkemuka di negara ini. Pada ketikan ini, syarikat berkenaan sedang mencari calon yang berkuali…