RM700

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang semakin meningkat. Harga barang keperluan, perkhidmatan asas dan kos perumahan semuanya menunjukkan peningkatan yang ketara, memberi kesan kepada kualiti hidup seharian.

Namun begitu, pihak kerajaan tidak berdiam diri dalam situasi ini dan pelbagai inisiatif bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat, terutamanya golongan yang paling terkesan (berpendapatan rendah). Artikel ini akan membincangkan beberapa langkah bantuan yang disediakan oleh kerajaan serta bagaimana ia dapat membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi.

Bantuan Tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Antara bantuan tunai yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR. Bantuan ini merupakan sebahagian usaha kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dari kalangan warga emas, bujang dan isi rumah.

Pada tahun 2024 ini, Sumbangan Tunai Rahmah diberikan dengan kadar yang dipertingkatkan. Berikut merupakan senarai mereka yang layak menerima STR tahun ini:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Pembayaran STR 2024

Pembayaran STR dibuat dengan cara pengkreditan terus ke akaun penerima. Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka boleh membuat tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran dengan tempat tinggal.

Pembayarannya dibuat sebanyak empat fasa. Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai diagihkan kepada yang layak, manakala Fasa 4 pula dijadualkan pada bulan hadapan – November 2024.

Ini adalah info jumlah pembayaran STR Fasa 4 nanti:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

 

Berdasarkan jadual di atas, jumlah pembayaran STR Fasa 4 yang tertinggi adalah sebanyak RM700 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dengan tanggungan anak 5 orang dan ke atas.

Semakan STR 2024

Bagi yang telah membuat permohonan atau kemaskini maklumat, semakan status kelulusan STR dan jumlah kelayakan bayaran boleh disemak di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah pembayaran itu berdasarkan semakan maklumat pihak LHDN dan ia telah pun ditetapkan mengikut syarat-syarat yang ada.

Untuk yang permohonannya ditolak, mereka boleh membuat permohonan rayuan di portal sama. Antara tindakan yang perlu dibuat adalah dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan bagi alasan – alasan yang dinyatakan.

Maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…