penerima RM800

Senarai penerima RM800 yang mula dikreditkan bulan depan (November 2024)

Bantuan-bantuan Kerajaan yang diperkenalkan di negara ini adalah merupakan salah satu usaha bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Dalam masa sama, terdapat juga bantuan kewangan yang diberikan apabila tibanya musim tertentu seperti Musim Tengkujuh.

Musim tengkujuh adalah tempoh hujan lebat dan angin kencang yang berlaku secara berkala, terutamanya di kawasan tropika seperti Malaysia. Di negara ini, musim tengkujuh biasanya berlaku antara November hingga Mac, disebabkan oleh tiupan angin monsun dari Laut China Selatan yang membawa hujan lebat ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, serta sebahagian Sabah dan Sarawak.

Ciri utama musim tengkujuh ialah peningkatan taburan hujan, banjir di kawasan rendah, serta kemungkinan berlakunya tanah runtuh. Keadaan cuaca ini boleh menjejaskan kehidupan harian, aktiviti ekonomi seperti pertanian, dan juga mengancam keselamatan penduduk di kawasan yang terdedah kepada bencana alam.

Oleh itu, musim tengkujuh sering menjadi masa di mana pihak berkuasa mempergiatkan usaha bantuan kemanusiaan dan penyediaan infrastruktur seperti pusat pemindahan banjir. Secara ringkas, musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang memerlukan perhatian dan persediaan rapi untuk mengurangkan kesan buruk terhadap masyarakat dan ekonomi.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui RISDA. Bantuan ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

 

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)

Kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Kadar BMT yang ditetapkan adalah sebanyak RM800. Namun begitu, pembayarannya dibuat secara berfasa sebanyak RM200 setiap bulan mulai November 2024 hingga Februari 2025.

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima, seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan dibuat. Untuk makluman, permohonan bantuan ini telah pun ditutup pada 30 September 2024 lalu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan Kelulusan BMT

Bagi mereka yang telah membuat permohonan atau kemaskini, semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Pekebun Kecil RISDA;
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan;
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak’;
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan. 

 

Sekiranya semakan menunjukkan status ‘tidak lulus’, rayuan boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan BMT disemak/diluluskan.

Dimaklumkan bahawa hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dirujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.

Maklumat Tambahan

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Fungsi-fungsi RISDA adalah melaksana dasar dan program pembangunan; menyelaras Skim yang diluluskan; melaksana pembaharuan penyelidikan; menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi; memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan; menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi; menggalakkan pemasaran getah yang cekap; melibatkan diri dalam perdagangan getah dan pelbagai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…
Bantuan RM150 'One-Off' diberikan kepada semua, tanpa memohon: Dibayar bulan depan

Bantuan RM150 'One-Off' diberikan kepada semua, tanpa memohon: Dibayar bulan depan

Musim persekolahan sentiasa menjadi detik penting bagi setiap keluarga, terutama bagi ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mereka memulakan tahun…
SARA RM100 Telah Dikreditkan Ke MyKad Bulan Ini (Disember 2024): Senarai Penuh Penerima

SARA RM100 Telah Dikreditkan Ke MyKad Bulan Ini (Disember 2024): Senarai Penuh Penerima

Golongan B40, yang merujuk kepada 40 peratus penduduk dengan pendapatan terendah di Malaysia dan sering menjadi tumpuan dalam pelbagai perbincangan…