BAP

Bantuan BAP RM150 diberikan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa had pendapatan

Belanjawan 2025 telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri (merangkap Menteri Kewangan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lalu. Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan kseluruhan sebanyak RM412 bilion dengan pembahagian berikut:

  • Belanja Mengurus: RM335.0b
  • Belanja Pembangunan: RM86.0b
  • Simpanan Luar Jangka: RM2.0b
    *Tidak termasuk RM2.0 bilion Simpanan Luar Jangka

 

Pelbagai bantuan dan inisiatif juga diperkenalkan, diteruskan atau ditambahbaik di bawah Belanjawan 2025. Antara bantuan yang yang akan diteruskan adalah…

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bagi tahun hadapan (2025), pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 dan diberikan secara sekaligus (one-off).

Mereka yang layak menerima BAP adalah semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan murid sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5). Pemberian bantuan ini juga adalah kepada semua iaitu tanpa had pendapatan ibu-bapa/penjaga.

Oleh hal demikian, jika sesebuah keluarga itu memiliki lima orang anak yang sedang bersekolah – maka jumlah keseluruhan BAP yang diterima adalah sebanyak RM750.

Secara lebih teliti, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 hendaklah dari sekolah-sekolah berikut:

  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama Rakyat/Negeri
  • Sekolah Swasta yang berdaftar dengan kerajaan (kecuali sekolah antarabangsa dan ekspatriat)
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti
  • Maktab Rendah Sains MARA
  • Maktab Tentera Diraja

 

Bagi pembayarannya, ia akan dibuat oleh pihak sekolah sama ada secara kredit terus ke akaun pelajar atau secara tunai (pengambilan tunai di sekolah) pada bulan Januari 2025 nanti.

Maklumat Tambahan

Di samping itu, Belanjawan 2025 menyaksikan pelbagai insiatif, bantuan dan penambahbaikan disediakan untuk pendidikan negara. Antaranya adalah peruntukan sebanyak RM870 juta bagi pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada 867,000
murid supaya anak-anak keluarga susah turut dibekalkan dengan makanan berkhasiat.

Peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta, berbanding RM150 juta tahun ini. Kerajaa turut memperkasa pendidikan STEM di sekolah KPM dengan menaik taraf makmal komputer dan membekal peralatan baharu dengan peruntukan sebanyak RM36 juta.

Dalam masa sama, bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta. Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.

“RM2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara. RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur: Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU.

RM1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak,” petikan ucapan Belanjawan 2025.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi pendidikan tinggi, RM4 bilion diperuntukkan untuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan meliputi pelbagai kementerian untuk manfaat semua anak muda meneruskan pembelajaran ke menara gading.

“Di bawah Ikhtiar Geran Padanan Ihsan (GAPAI), Kerajaan juga bersetuju meluaskan kriteria pemberian geran padanan sehingga RM5,000 ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT kepada keluarga berpendapatan sehingga RM6,000, ketimbang RM4,000, bagi tempoh dua tahun.

Permodalan Nasional Berhad akan melaksanakan Program Celik MADANI iaitu pembukaan akaun ASB bernilai RM50 secara percuma kepada 100 ribu pelajar baharu yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentaangkan Belanjawan 2025.

ARTIKEL BERKAITAN

Jadual Rasmi Pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 dan Senarai Penuh Penerimanya

Jadual Rasmi Pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 dan Senarai Penuh Penerimanya

Belanjawan 2025 yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri telah membawa harapan dan tumpuan besar terhadap pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan…
Jawatan Kosong Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB): Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB): Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) buka banyak jawatan kosong: Senarai jawatan & cara memohon

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) buka banyak jawatan kosong: Senarai jawatan & cara memohon

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka.…