Bantuan Tunai RM300

Bantuan Tunai RM300 Diberikan Selama Setahun: Senarai Penuh Penerima & Tarikh Mula Dibayar

Pada setiap tahun pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri akan membentangkan Belanjawan Tahunan bagi perkara membabitkan pentadbiran, kebajikan, pendidikan dan pelbagai urusan lain.

Hal yang sama juga telah dibentangkan melalui Belanjawan 2025 Sabah pada 15 November 2024 lalu. Melalui belanjawan ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan dan ataranya adalah…

Bantuan Khas RM300/sebulan

Di bawah Belanjawan 2025 Negeri Sabah, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan selama setahun kepada golongan yang terkesan dalam kategori miskin dan miskin tegar yang sudah dikenal pasti melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Bantuan itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta dan ia diharap dapat mengurangkan beban kewangan dalam tempoh tertentu sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dan mencari ikhtiar lain dalam menambah pendapatan.

Perkara itu juga bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi disebabkan pelarasan gaji kakitangan awam dan penetapan gaji minimum bagi sektor swasta yang mengakibatkan harga barangan meningkat secara mendadak.

“Keadaan ini akan memberi kesan khususnya kepada mereka yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, penjaja dan yang tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap.

“Dengan mengambil kira jumlah pendapatan yang diterima masih berada di tahap yang sama, kenaikan harga barangan ini secara langsung akan membebankan kehidupan, bantuan ini diharap dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi,” kata Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Sabah turut memperuntukan dana sebanyak RM250 juta bagi pembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya di semua 73 kawasan DUN.

Bagi membantu para peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan sah, pihak Kerajaan Negeri turut akan memberi bantuan sekaligus (one-off) sebanyak RM5,000.

Selain itu,bagi pembangunan modal insan di negeri ini, Kerajaan Sabah akan meneruskan pemberian bantuan kepada institusi pendidikan, para pelajar termasuk memperkenalkan beberapa bantuan baharu bagi menyantuni anak-anak Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Antaranya adalah:

  • RM127 juta untuk program Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajar Negeri kepada seramai 7,130 pelajar aktif di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara serta menyasarkan penambahan penajaan kepada 3,000 pelajar baharu;
  • Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) secara one-off sebanyak RM300.00 seorang. Bantuan ini adalah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun hadapan;
  • Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara one-off berjumlah RM2,000 kepada setiap pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah, manakala RM1,500 kepada pelajar di peringkat diploma dan matrikulasi;
  • Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan atau Graduan Rindu Sabah SUBFLY sebanyak RM600 kepada setiap pelajar IPT Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah secara one-off sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah di Sabah untuk tujuan membiayai program sekolah.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Selain daripada bantuan yang saya sebutkan tadi, Kerajaan Sabah juga akan meneruskan pemberian bantuan yang lain seperti Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM26.4 juta,” kata Datuk Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan 2025 Sabah.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan pelbagai insiatif di bawah Belanjawan 2025 Sabah, sila rujuk di Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sabah – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan MMC: Gaji RM3,810 hingga RM14,370

Pengambilan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan MMC: Gaji RM3,810 hingga RM14,370

Pada ketika ini, Sektor Kerajaan melalui Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ~ Gaji RM1,929.89, Elaun RM810

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ~ Gaji RM1,929.89, Elaun RM810

Pada ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan Musim Tengkujuh telah mula dikreditkan: Ini maklumat penerima dan jumlah bayaran

Bantuan Musim Tengkujuh telah mula dikreditkan: Ini maklumat penerima dan jumlah bayaran

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang sinonim dengan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang. Di Malaysia, ia biasanya berlaku…