Setiap kali tahun baru menjelang, ramai antara kita memasang azam dan cita-cita baharu. Tahun baru melambangkan permulaan baharu, peluang untuk memperbaiki diri, serta masa untuk merealisasikan impian yang tertangguh. Namun, tidak dinafikan bahawa ia juga datang dengan cabaran tersendiri. Sama ada dari segi kewangan, kesihatan, mahupun hubungan peribadi, tahun baru sering kali menguji kesungguhan dan kecekalan kita untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Salah satu cabaran utama adalah ketidakpastian ekonomi. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai yang berhadapan dengan tekanan untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak. Ini termasuklah memastikan simpanan kecemasan mencukupi, mengelakkan hutang berlebihan, dan mencari sumber pendapatan tambahan. Selain itu, perubahan dalam gaya hidup seperti peningkatan digitalisasi dan teknologi turut memaksa kita untuk terus beradaptasi.
Dari segi kesihatan pula, tahun baru sering dikaitkan dengan usaha untuk menjalani gaya hidup lebih sihat. Namun, ramai yang berhadapan dengan kesukaran untuk mengekalkan konsistensi dalam menjaga diet, bersenam, dan menguruskan tekanan. Cabaran kesihatan mental juga semakin menjadi perhatian, terutamanya dengan tekanan hidup yang semakin meningkat.
Hubungan sosial dan keluarga juga memainkan peranan besar. Tahun baru adalah masa untuk memperbaiki hubungan yang renggang dan mengekalkan keharmonian dalam kehidupan seharian. Namun, cabaran seperti kekangan masa dan komunikasi sering menjadi penghalang untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan peribadi dan profesional.
Di samping itu, tahun ini juga akan menyaksikan pelbagai bantuan Kerajaan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan serta layak. Berikut adalah senarai ringkas bantuan-bantuan Kerajaan bagi tahun 2025: –
Bantuan – Bantuan Kerajaan Tahun 2025
Bantuan Khas Kewangan Persekutuan
Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada
semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Manakala, semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen pula bakal menerima bantuan khas sebanyak RM250. Pembayaran bantuan ini dijadualkan pada bulan Februari 2025.
Bantuan Khas Kewangan Selangor
Bagi para penjawat awam negeri Selangor, mereka akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji. Pembayaran satu bulan gaji dibuat pada 31 Disember 2024 dan bakinya akan dilunaskan pada 25 Mac 2025 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bantuan Khas Kewangan Kedah
Di bawah Belanjawan 2025 Negeri Kedah, para penjawat awam negeri berkenaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 sebagai penghargaan atas dedikasi mereka. Pembayarannya ini akan dibuat secara berperingkat iaitu sebahagiannya akan disalurkan pada Mac2025 dan bakinya pada Jun 2025.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bantuan Khas Kewangan Negeri Sembilan
Pada tahun ini, semua penjawat awam Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji. Seramai 6,613 penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menerima bantuan khas berkenaan.
Bayaran akan dibuat pada bulan Januari 2025, dan sebelum Aidilfitri pada Mac tahun 2025. Ia merupakan tanda menghargai sumbangan dan pengorbanan para penjawat awam negeri.
Bantuan Khas Kewangan Sabah
Di Sabah pula, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan bantuan sama dengan kadar sebanyak sebulan gaji atau dengan bayaran minimum RM3,000. Insentif itu yang akan dibayar pada bulan Januari 2025 dan akan memberi manfaat kepada seramai 18,949 penjawat awam negeri.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pada bulan Januari 2025, pihak Kerajaan akan mula mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua pelajar sekolah dari Tahun 1 hingga Tingakatan 5. Pembayaran bantuan ini adalah sebanyak RM150 dan diberikan secara ‘one-off’.
Apa yang pasti, BAP diberikan tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh hal demikian, sekiranya sebuah keluarga memiliki 3 orang anak sedang bersekolah – jumlah keseluruhan BAP yang diterima adalah sebanyak RM450.