Permohonan Zakat RM500 secara ‘one-off’ dibuka: Syarat-syarat & cara memohon

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli bermula pada 2 Julai lalu bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan kerana hambatan pandemik yang melanda negara.

Bantuan yang dikhususkan kepada golongan B40 ini akan diberikan kepada 15,000 orang penerima dengan nilai tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Berikut adalah maklumat berkenaan Bantuan Zakat Selangor Peduli: –

Syarat-syarat Kelayakan

Bagi yang ingin memohon, mereka mestilah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
  • Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Dokumen yang perlu dilampirkan

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon wajib melampirkan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
  • Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini: BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil: SURAT PERWAKILAN KUASA
  • Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
  • Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
  • Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya berkaitan)
  • Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya berkaitan)
  • Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya berkaitan)

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di secara atas talian di Portal Khas Asnaf Online LZS (KLIK SINI).

Pemohon juga disarankan untuk membaca semua maklumat yang diberikan di laman rasmi LZS (rujuk – DI SINI) berkenaan dengan Bantuan Zakat Selangor Peduli bagi memahaminya dan memudahkan urusan permohonan.

Diingatkan juga bahawa sekiranya pemohon mengemukakan maklumat serta dokumen lampiran yang tidak lengkap atau palsu, pihak LZS berhak MENOLAK permohonan berkenaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…