BPR Fasa 3 akan dibayar bersekali dengan Rayuan BPR: Semakan status & tarikh bayaran

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah program di bawah Belanjawan 2021 – bagi membantu rakyat yang berdepan dengan cabaran pandemik.

BPR pada asasnya akan dibayar secara berfasa, dengan pembayaran bagi Fasa 1 serta 2 telah pun selesai pada bulan Februari dan Mei lalu. Kini, BPR akan memasuki Fasa 3 dan pembayaran melibatkan rayuan.

Rayuan BPR

Baru-baru ini, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah pun mengeluarkan kenyataan berkenaan Rayuan BPR dan pembayaran BPR Fasa 3.

Menurut kenyataan itu, semakan Rayuan BPR boleh mula dibuat bermula pada 18 September 2021 di laman rasmi BPR – KLIK SINI.

Berikut adalah tatacaranya:

  • Pergi ke laman rasmi BPR
  • Klik pada menu ‘MyBPR’
  • Klik pada ‘Maklumat Rayuan’
  • Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

 

Tarikh Bayaran

MOF dalam kenyataannya juga mengumumkan, Rayuan BPR akan dibayar secara bersekali dengan BPR Fasa 3 pada hujung bulan September ini (KLIK SINI untuk jumlah bayaran BPR Fasa 3).

Dalam masa sama, selaras dengan kelulusan BPR, kerajaan juga akan memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR untuk menyertai Program Jaringan Prihatin .

Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program itu akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

Maklumat rasmi berkenaan kenyataan MOF itu boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…