Cara memohon bantuan Zakat RM500 untuk golongan B40 yang terjejas pendapatan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli khusus kepada golongan B40. Ia juga merupakan kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas C-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Melalui Bantuan Zakat Selangor Peduli, mereka yang layak dan diluluskan permohonan – akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off dari LZS.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR);
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil);
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah;
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin;
  • Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di sistem permohonan LZS – DI SINI.

Bagi setiap permohonan, ia juga harus dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan;
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran tanggungan;
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri;
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang: BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN;
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan);
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil: SURAT PERWAKILAN KUASA;
  • Pengesahan Tempat Tinggal (mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

 

Kepada permohonan yang diluluskan, pembayaran akan dibuat melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT) dan pemohon dikehendaki memastikan:

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran;
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama;
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

 

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini turut boleh dirujuk di portal rasmi LZS – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…