Temuduga tertutup dalam talian pelbagai jawatan di 6 buah syarikat ~ Gaji sehingga RM3,500

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Cawangan SIP Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang akan menganjurkan temuduga tertutup dalam talian bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Temuduga ini akan melibatkan 6 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan temuduga yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. LINGKARAN LUAR BUTTERWORTH (PENANG) SDN BHD
    • Jurutera Mekanikal & Elektrikal
  2. MINAMI ELECTRONICS MALAYSIA SDN BHD
    • Operator (wanita)
    • Manufacturing Specialist (wanita)
  3. PENFIBRE SDN BHD
    • Jurutera
    • Pengeluaran Teknikal
    • Juruteknik
    • Chargemen
    • Juruteknik Senior
    • Boilerman
    • Juruteknik Proses
  4. SILITECH TECHNOLOGY CORP SDN BHD
    • Operator
    • Line Leader
  5. SOUTHERN LATEX PRODUCTS SDN BHD
    • Juruteknik Penyelenggaraan
    • Operator
    • Penyelia Pengeluaran
  6. MCDONALD MALAYSIA
    • Krew Restoren (RM5.80 sejam)

 

Syarat-syarat Kelayakan & Gaji

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Tawaran gaji adalah dari RM1,200 sehingga RM3,500 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Untuk maklumat lengkap gaji setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang prndaftaran atas talian berkenaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 NOVEMBER 2021 (RABU).

Calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil untuk menyertai sesi temuduga secara atas talian sebelum 06 Disember 2021.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas En. Quzairi di talian: 019-294 4957

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…