Pendapatan bawah RM3,000: Ini bantuan RM150 kepada rakyat Malaysia yang layak

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah sebuah program bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini juga diberikan kepada murid-murid dari peringkat Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.

Melalui Bajet 2022 yang diumumkan pada akhir bulan Oktober lalu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah bantuan ini kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya dan ia dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid yang layak.

Berikut adalah penjelasan lanjut tentang bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Murid adalah warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan Sijil Lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
    • Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

Kaedah Penyaluran Bantuan

Bantuan ini akan disalurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

 

Pihak sekolah kemudiannya akan menyalurkan bantuan ini kepada setiap murid yang layak, sesuai dengan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagi maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…