Pengambilan banyak jawatan kosong terkini di JKR ~ Gaji dari RM1,216 hingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUTERA AWAM – J41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) – JA29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  3. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) – JA29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  4. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) – JA29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN – JA29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – N19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  7. PEMBANTU OPERASI – N11 
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki sekurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

*Untuk senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal iKERJA – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh mula permohonan dari 12 DISEMBER 2021 (8:00 pagi) sehingga 19 DISEMBER 2021 (11:59 malam).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…