[RASMI] Permohonan BKM telah dibuka: Ini cara membuat permohonan & bayaran bakal diterima

Seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan telah pun memperkenalkan sebuah bantuan bersasar yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan dengan nilai sehingga RM2,000 mengikut kategori penerima masing-masing. Jumlah bayaran BKM boleh dirujuk di bawah:

Permohonan Baru BKM

Seperti mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini, terdapat mereka yang perlu membuat permohonan baru dan kemaskini bagi melayakkan penerimaan bantuan. Bagi BKM, mereka yang perlu membuat permohonan baru adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas C-19 (BKC); serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

Tatacara permohonan baru:

  • Permohonan Secara Dalam Talian
    1. Layari Portal Rasmi BKM LHDNM – DI SINI;
    2. Klik pada butang ‘Permohonan Baru’;
    3. Isi maklumat seperti mana yang diminta oleh sistem.
  • Permohonan Melalui Borang
    • Dapatkan borang permohonan melalui Portal Rasmi BKM LHDNM atau cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

 

Borang BKM yang telah lengkap diisi kemudiannya boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:

  • Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen.

Kemas Kini Permohonan

Berkenaan dengan kemaskini permohonan BKM, ia hanya perlu dibuat sekiranya pemohon mempunyai sebarang perubahan maklumat dari bantuan sebelumnya – BPR. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, pemohon tidak perlu membuat kemaskini maklumat BKM 2022.

Akan tetapi, jika semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, pemohon dikehendaki membuat permohonan baru.

Apa yang pasti, jika pemohon tidak membuat kemas kini – permohonan BKM 2022 akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

Tatacara Kemas Kini:

  1. Layari portal rasmi BKM – DI SINI;
  2. Log Masuk di portal BKM;
  3. Klik pada butang ‘Kemaskini Permohonan’;
  4. Isi maklumat kemaskini (jika ada).

Semak Status BKM

Kepada yang ingin membuat semakan status BKM, ia boleh dibuat di:

  • Portal Rasmi BKM LHDNM – DI SINI; atau
  • Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

 

Tempoh permohonan baru dan kemaskini BKM dibuka dari 1 JANUARI 2022 SEHINGGA 31 JANUARI 2022, iaitu selama sebulan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan permohonan baru dan kemaskini BKM, boleh rujuk – DI SINI.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…