Bantuan RM350 untuk bujang B40: Ini cara memohon & tarikh tutup permohonan

Seperti mana yang dimaklumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan telah meneruskan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dengan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Melalui BKM, mereka yang layak dari kategori bujang dan isi rumah boleh menerima bantuan kewangan sesuai dengan kadar pendapatan yang ditetapkan. Bagi kategori bujang, kerajaan menetapkan syarat-syarat berikut:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Had umur adalah 21 – 59 tahun;
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Kadar Bantuan

Bagi kategori bujang, kadar BKM yang diberikan adalah sebanyak RM350 sahaja. Akan tetapi, sekiranya pemohon berkategori ibu/bapa tunggal yang memiliki anak, mereka tidak termasuk dalam kategori bujang sebaliknya dalam kategori isi rumah dan layak mendapat kadar tambahan BKM (rujuk – DI SINI).

Cara Memohon

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tatacaranya adalah:

  • Layari portal rasmi BKM – DI SINI.
  • Klik pada butang ‘Permohonan Baru’
  • Isi maklumat seperti yang diminta oleh sistem.

 

Selain itu, pemohon juga boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara atas talian (online):

  • Borang permohonan baru (muat turun – DI SINI)
  • Borang permohonan kemaskini (muat turun – DI SINI)

 

Dan kemudiannya dihantar ke

  • Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen.

 

Tarikh tutup permohonan dan kemaskini adalah pada 31 JANUARI 2022 (ISNIN). 

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan BKM, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Pada ketika ini, Kementerian Belia & Sukan (KBS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bil elektrik merupakan antara komitmen bulanan yang wajib dilunaskan oleh hampir setiap isi rumah di Malaysia. Ia bukan sekadar angka…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…