Pendapatan isi rumah bawah RM7,000: Ini cara memohon bantuan zakat RM700 – RM2,500 SPZAS

Dalam usaha meringankan beban golongan pertengahan dalam perbelanjaan pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS).

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, mereka boleh menerima bantuan kewangan melalui SPZAS sebanyak:

  • RM700: SPZAS dalam negara
  • RM2,500: SPZAS luar negara

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua keluarga/penjaga lahir ahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua (ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon);
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco;
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, permohonan SPZAS boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi LZS – DI SINI.

Pemohon dalam masa sama perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut semasa membuat permohonan:

  • Kad Pengenalan Pemohon;
  • Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga;
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga;
  • Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
  • Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
  • Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor);
  • Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan);
  • Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank);
  • Kad OKU (Jika Berkenaan);
  • Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan);
  • Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara);

 

Borang-borang boleh dimuat turun di portal sama – DI SINI.

Permohonan ini dibuka dari 24 JANUARI 2022 HINGGA 20 FEBRUARI 2022. 

Tempoh kelulusan dan bayaran bantuan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat. Sekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, LZS akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewatnya pada tarikh 10 Mac 2022.

Kaedah pembayaran pula akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Untuk maklumat lengkap berkenaan SPZAS, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…