Akan dibayar tak lama lagi: Ini adalah senarai penerima, tarikh & jumlah bayaran BKM Fasa 3

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri.

Salah satunya sudah tentu adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 sebagai bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai disalurkan kepada yang layak, maka kini tibalah pula bagi pengagihan BKM Fasa 3. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya: –

Jumlah & Penerima BKM Fasa 3

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM200
    • Jumlah anak 1 – 2: RM300
    • Jumlah anak lebih 3: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM100
    • Jumlah anak 1 – 2: RM100
    • Jumlah anak lebih 3: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM500
    • Jumlah anak 1 – 2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM400
    • Jumlah anak 1 – 2: RM400
    • Jumlah anak lebih 3: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 1 – 2: RM800
    • Jumlah anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 1 – 2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan RM0 – RM2,500
    • Pembayaran BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5,000
    • Pembayaran BKM Fasa 3: RM150

Tarikh BKM Fasa 3

Maklumat berkenaan tarikh pembayaran BKM Fasa 3, ia akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lengkap dan semakan kelulusan BKM, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…