Akan lebih tinggi: Ini tarikh pengumuman Dividen KWSP untuk Tahun Kewangan 2021

Seperti mana setiap tahun sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan agihan pendapatan atau dividen kepada setiap ahlinya.

Menurut laporan Berita Harian (BH) – Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kadar dividen KWSP yang akan diumumkan nanti dijangka akan lebih tinggi berdasarkan pulangan atas pelaburan yang lebih tinggi daripada pelaburan ekuiti global, selain pelaburan aset yang menghampiri nilai RM1 trilion.

“Bagi dividen KWSP, saya menjangkakan ia akan lebih baik berbanding dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu lima sen seunit. Jangkaan paling minimum, kadar dividen adalah seperti tahun lalu iaitu 5.2 peratus bagi Konvensional dan 4.9 peratus Shariah,” – Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, katanya kepada BH.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP

Berdasarkan jawapan daripada pihak KWSP kepada pertanyaan awam di halaman media sosial rasminya, pengumuman dividen KWSP bagi Tahun Kewangan 2021 adalah pada awal suku pertama tahun ini.

Ia dijangka pada pertengahan/penghujung bulan Februari 2022 atau awal Mac 2022. Pada tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen bagi Tahun Kewangan 2020 pada 27 Februari 2022.

Kadar Dividen Sebelum Ini

Berdasarkan dapatan tahun-tahun sebelum ini, kadar dividen KWSP adalah seperti berikut:

  • 2015 – 6.40% (Simpanan Konvensional)
  • 2016 – 5.70% (Simpanan Konvensional)
  • 2017 – 6.40% (Simpanan Syariah) dan 6.90% (Simpanan Konvensional)
  • 2018 – 5.90% (Simpanan Syariah) dan 6.15% (Simpanan Konvensional)
  • 2019 – 5.00% (Simpanan Syariah) dan 5.45% (Simpanan Konvensional)

Semakan Dividen

Bagi membuat semakan dividen KWSP, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui i-Akaun KWSP. Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Pergi ke laman web rasmi KWSP (KLIK SINI);
  • Klik pada butang Log Masuk dan pilih i-Akaun;
  • Isikan ID Pengguna & Kata Laluan yang telah didaftarkan;
  • Klik pada butang ‘Akaun Peribadi’ dan pilih tahun penyata;
  • Penyata akan memaparkan dividen bagi tahun-tahun yang telah diumumkan.

 

Untuk pelbagai lagi maklumat berkenaan KWSP, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…