Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Bantuan bertujuan untuk kebajikan pelajar yang diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan itu: –
Bantuan Am Pelajaran RM800 hingga RM1,000
Untuk pengetahuan, pihak Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah memperkenalkan Bantuan Am Pelajaran kepada anak-anak negeri berkenaan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam negara.
Bantuan ini dibayar secara sekaligus (one-off) kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonannya dengan kadar berikut:
- SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV): RM800
- DIPLOMA / DPMV(KV): RM1,000
- IJAZAH: RM1,000
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah beragama Islam;
- Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan;
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
- Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi;
- Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran;
- Pengajian secara sepenuh masa dan tempoh tidak kurang dari 12 bulan;
- Pengajian DPLI/PJJ/Pasca siswazah tidak layak;
- Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak.
Cara Memohon
Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Am Pelajaran ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Bantuan Atas Talian MAIPk (MAIPk4u).
Tatacara permohonan adalah seperti berikut:
- Daftar Masuk untuk mendapatkan akaun untuk log masuk sistem;
- Lengkapkan maklumat peribadi;
- Klik permohonan dan pilih skim bantuan untuk semakan kelayakan;
- Lengkapkan maklumat pasangan, ibu bapa/penjaga, tanggungan, pendapatan;
- Lengkapkan maklumat tambahan berdasarkan skim yang dipohon;
- Lengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan;
- Sekiranya permohonan telah lengkap, klik hantar permohonan.
Maklumat lengkap tentang bantuan kewangan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi MAIPk4u – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bantuan-Bantuan Lain
Selain itu, terdapat beberapa lagi bantuan yang diperkenalkan oleh MAIPk. Antaranya adalah Bantuan Dermasiswa Dalam Negara yang merupakan bantuan disediakan oleh MAIPk kepada pemohon yang melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Bidang-bidang yang layak menerima bantuan ini adalah:
- Ijazah Sarjana Muda / Diploma: Syariah, Ushuluddin dan lain-lain bidang di dalam Pengajian Islam
- Pondok / Tahfiz: Pengajian Islam
Syarat-syarat bagi bantuan dermasiswa ini adalah:
- Beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi/pondok serta mendapat pengesahan daripada pusat pengajian berkenaan;
- Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang dari setahun secara sepenuh masa;
- Permohonan di semester kedua pada tahun pertama pengajian atau setelah gagal mendapat mana-mana tajaan, biasiswa atau pinjaman
- Pemohon tidak menerima mana-mana tajaan, biasiswa atau pinjaman;
- Permohonan hanya setahun sekali sahaja bagi kali kedua dan seterusnya, dan
- Keutamaan kepada ibu bapa/penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin dan tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.
Manakala, syarat-syarat khususnya pula adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda / Diploma Syariah, Ushuluddin dan lain-lain bidang di dalam Pengajian Islam:
- Tertakluk kepada keputusan peperiksaan terkini dengan keputusan minimum PNG 3.00.
- Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta : Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Mendapat pengiktirafan di bawah Malaysian Qualification Accredition (MQA).
- Pondok / Tahfiz- Pengajian Islam
- Berdaftar dengan pihak berkuasa negeri sebagai pondok/ tahfiz swasta..
- Berumur 13 hingga 25 tahun sahaja.
Maklumat lengkap tentang bantuan ini boleh dirujuk di portal sama – DI SINI.