Bantuan Am Persekutuan RM350 dibayar setiap bulan: Ini borang permohonan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diberikan khusus kepada mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).

Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan yang memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh JKM dengan objektif utamanya untuk membantu individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Jumlah bayaran Bantuan Am Persekutuan adalah sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Bantuan ini diberikan secara bulanan iaitu akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

 

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua tahun sekali. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

Pendapatan per kapita adalah jumlah pendapatan kesemua orang dalam sesebuah isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan orang dalam isi rumah tersebut.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Am Persekutuan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat dalam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Hal ini kerana, Bantuan Am ini hanya terbuka untuk mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.

Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini dan mendapatkan borang permohonan, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Selain itu, setiap negeri turut mempunyai Skim Bantuan Am Negeri  tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri masing-masing. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Di bawah Belanjawan 2024, pelbagai lagi bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan antaranya seperti menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, ehailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak juga akan dibekalkan bagi diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu. Kerajaan turut memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

Bagi tahun 2024, ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu terutama di Sabah dan Sarawak.

Bagi membudaya semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia berusia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menerapkan konsep “pay it forward” iaitu ganjaran RN500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Program Rakan Muda juga telah diberi nafas baharu dalam usaha membentuk jati diri dan keperibadian anak muda Malaysia. RM20 juta disediakan untuk Rakan Muda memperbanyak pengisian program-program belia.

ARTIKEL BERKAITAN

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…
Tidak semua layak buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP: Ini penjelasan layak atau tidak

Tidak semua layak buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP: Ini penjelasan layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang…