Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah Program Anak Emas di bawah inisiatif i-Sejahtera. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program sumbangan kewangan ini: –
Program Anak Emas
Program Anak Emas adalah sebuah sumbangan kewangan yang diperkenalkan di bawah insiatif i-Sejahtera.
Program ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM200 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Anak mestilah seorang warganegara Malaysia;
- Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun;
- Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran program ini boleh dibuat oleh penjaga (ibu atau bapa) secara atas talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pemohon juga perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan pendaftaran:
- Salinan Sijil Kelahiran anak;
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa;
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif;
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. P
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Untuk maklumat lengkap tentang i-Sejahtera , ia boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI.