Setiap tahun, melalui belanjawan yang diumumkan, pelbagai insentif dan program diperkenalkan untuk menyokong masyarakat dalam aspek-aspek kritikal kehidupan, seperti kesihatan, kebajikan sosial, pekerjaan, dan pendidikan. Bantuan-bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, tetapi juga bagi memastikan semua rakyat mendapat peluang yang sama untuk berkembang dan mencapai potensi penuh mereka.
Dalam konteks pendidikan, ia meliputi pelbagai bentuk, termasuk biasiswa, dermasiswa, bantuan yuran pengajian, pinjaman pelajaran, dan sokongan material lain seperti peralatan sekolah. Dengan peruntukan yang besar dan pelbagai inisiatif yang ditawarkan, kerajaan berusaha untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar dan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa dibelenggu masalah kewangan.
Antara contoh bantuan yang sering mendapat perhatian ialah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan ini:-
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada murid sekolah rendah (Darjah 1 hingga Darjah 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5).
Jumlah BAP yang ditetapkan adalah sebanyak RM150 dan diberikan secara sekaligus (one-off). Ia bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Menariknya, pemberian BAP dibuat kepada semua pelajar sekolah, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh hal demikian, sekiranya sebuah keluar itu mempunyai 5 orang anak bersekolah, maka jumlah keseluruhan BAP adalah RM750.
Cara Pembayaran
Sebelum ini, untuk lebih teliti – pelajar-pelajar yang layak menerima BAP adalah meliputi sekolah-sekolah berkenaan:
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama Rakyat/Negeri
- Sekolah Swasta yang berdaftar dengan kerajaan (kecuali sekolah antarabangsa dan ekspatriat)
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti
- Maktab Rendah Sains MARA
- Maktab Tentera Diraja
Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat oleh pihak sekolah sama ada secara kredit terus ke akaun penerima atau secara tunai (pengambilan di sekolah).
Tarikh pembayaran BAP pula akan dibuat pada bulan Januari 2025, seperti mana yang diumumkan di bawah Belanjawan 2025.
Maklumat Tambahan
Selain pemberian BAP, pihak Kerajaan turut bersetuju untuk meneruskan pelaksaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada 867,000 murid supaya anak-anak keluarga susah turut dibekalkan dengan makanan berkhasiat.
Dalam masa sama, peruntukan kepada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta
tahun 2024.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
“Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, Kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Bagi memberikan persekitaran pendidikan yang selesa, RM1 bilion akan diperuntukkan khusus bagi menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur, termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU.
RM1 bilion lagi diperuntukkan bahi bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.
“Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta. Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.
…berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat. Tumpuan seterusnya adalah untuk membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan musolla dengan peruntukan Rm100 juta,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.