Bantuan BAP RM150 mula disalurkan pada minggu ini: Ini syarat-syarat & cara pembayarannya

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan atau ditambah baik melalui pelaksanaan Bajet 2022 yang diumumkan di Dewan Rakyat tahun lalu.

Antaranya termasuklah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang telah dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 pada tahun-tahun sebelumnya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BAP: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan Sijil Lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
    • Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja;
    • Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BAP bagi murid yang memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima telah pun disalurkan kepada yang layak pada 17 Januari 2022 lalu.

Manakala, bagi murid Tahun Satu yang mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai (21 hingga 25 Mac 2022).

Kaedah Pembayaran

Berkenaan dengan kaedah pembayaran BAP, ia akan dikreditkan ke akaun bank murid yang layak, manakala murid yang tidak mempunyai akaun bank – pembayaran akan dibuat secara tunai oleh pihak sekolah.

Pemberian bantuan ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM450 juta dan diharapkan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023.

Untuk pelbagai lagi maklumat berkenaan manfaat-manfaat di bawah Bajet 2022, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…