Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.
Bantuan-bantuan ini dengan tujuan asas iaitu bagi membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Berikut adalah antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Di bawah RISDA, terdapat sebauah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT. Bantuan ini pada asasnya merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.
Kadar BMT ditetapkan sebanyak RM800 dan akan diberikan secara empat fasa dengan kadar RM200 setiap fasa. Berdasarkan maklumat rasmi dari RISDA, pembayaran bantuan ini dibuat mulai November 2024 hingga Februari 2025.
Cara pembayaran pula dibuat secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat ketika permohonan dibuat.
Syarat-syarat Kelayakan BMT
Bantuan ini diberikan kepada pekebun kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BMT:
Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah
- Warganegara Malaysia
- Penoreh berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)
Cara Memohon BMT
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT boleh dibuat dengan dua keadah iaitu:
Kaedah 1: Portal Pekebun Kecil RISDA (Secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan):
- Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya.
- Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.
Kaedah 2: Hadir ke Pejabat RISDA (Pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT)
- Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap.
- Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.
Bagi permohonan baru, dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Pekebun Kecil RISDA & Individu
- Kad pengenalan pemohonan dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)
Penoreh Bukan Pemilik
- Kad pengenalan pemohonan dan salinan
- Salinan kad pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer)
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
Pekebun Kecil Agensi
- Kad pengenalan pemohonan dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Surat pengesahan daripada agensi
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA)
Permohonan BMT dibuka mulai 1 Jun 2024 hingga 30 September 2024. Maklumat lengkap tentang BMT boleh dirujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.