Bantuan BMT RM800 tahun 2023: Ini tarikh rasmi pembayaran & senarai penerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan BMT RM800

Berdasarkan pembentangan Bajet Mini 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BMT dari RM600 sebelumnya kepada RM800 bagi tahun 2023 ini.

Bantuan kewangan ini akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan kewangan ini, ia akan dilaksanakan sebanyak tiga fasa iaitu dengan peringkat di bawah:

  • RM300 (Fasa 1 – Januari 2023)
  • RM300 (Fasa 2 – Februari 2023)
  • RM200 (Fasa 3 – Mac 2023)

 

Kaedah pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank para penerima yang layak.

Dianggarkan sekitar 12,138 peneroka tanaman getah FELDA seluruh negara akan menerima manfaat ini dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…