bina rumah

Bantuan RM20,000 untuk bina rumah atas tanah sendiri: Berikut cara memohon bantuan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Rumah RMR ini: –

Bantuan RM20,000 Bina Rumah

RMR pada asasnya merupakan program yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah B40 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Ciri-ciri Program RMR adalah:

  • Harga Rumah: RM75,000 – RM85,000
  • Subsidi (Pembinaan): RM20,000
  • Jumlah pinjaman:  Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga: 

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan program ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara atas talian (online) di Portal RMR Online.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang diminta di sistem berkenaan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi SPNB – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…