bantuan e-wallet

Bantuan e-Wallet RM100 & RM300 tahun 2024: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diberikan dalam bentuk e-Dompet atau e-Wallet. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang diperkenalkan: –

eMADANI RM100

Di peringkat Persekutuan, pihak Kerajaan ada memperkenalkan bantuan eMADANI iaitu tawaran kredit e-Wallet bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Tunai terpilih.

Syarat-syarat kelayakan eMADANI adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Penebusan eMADANI boleh melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat seperti MAE; Setel; ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Maklumat lengkap tentang eMADANI boleh dirujuk Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI

BINGKAS RM300

Di peringkat negeri Selangor pula, terdapat sebuah bantuan e-Wallet yang dikenali sebagai BINGKAS dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan.

e-Wallet ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian di pasaraya berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Syarat-syarat kelayakan BINGKAS adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap tentang BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…