Bantuan e-Wallet

Golongan berpendapatan bawah RM3,000 boleh mohon Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah  Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang membabitkan bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan kepada 30,000 mereka yang berkelayakan dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BINGKAS ini:-

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan e-Wallet ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran BINGKAS.

Pemohon seterusnya perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan BINGKAS sila rujuk DI SINI, manakala pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…