Sumbangan Zakat

Golongan B40 & M40 boleh mohon Sumbangan Zakat sehingga RM2,500 ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Salah satunya adalah Sumbangan Zakat dari LZS.

Ia melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan sumbangan ini:

Kadar Sumbangan Zakat

SPZAS diperkenalkan bagi meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) dengan kadar berikut:

  • RM700: SPZAS dalam negara;
  • RM1,000 – RM2,500: SPZAS luar negara.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana;
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara;
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca lagi:

Cara Memohon

Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan sumbangan zakat ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem SPZAS LZS.

Tempoh kelulusan dan bayaran zakat ini adalah sekitar 16 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Maklumat lengkap berkenaan SPZAS boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…